Wednesday, July 1, 2009

Tempahan Jun

Terima kasih kepada semua yang telah menempah daripada saya. Harap maaf kalau ada yang 'ter' itu dan 'ter' ini. Berikut ialah senarai pelanggan yang telah menempah daripada saya sepanjang bulan Jun ini:
1. Pn. Ramlah (my bos)
Dah banyak kali order kek lapis sisik ikan, baulu dan juga kek coklat.
2. Farhana
Pun dan banyak kali order kek lapis sisik ikan daripada saya
3. Kak Ros
Hari tu Kak Ros order 2 biji kek lapis sisik ikan. Masa saya hantar pada Kak Ros tu kek tu masih suam-suam kuku lagi.
4. Kak Ani
Kak Ani order baulu untuk kenduri kawin anaknya Noris. Selamat Pengantin baru Noris.
5. Syima
Kek lapis sisik ikan untuk dibawa balik ke Pahang sempena majlis pertungangannya.
Jangan tunang lama-lama Syima.
6. Kak Ton
Kak Ton tempah baulu untuk dihadiahkan kepada saudaranya untuk kenduri kawin jugak.
7. Suhana
Sue tempah kek coklat. Baby dalam perut nak makan.
8. Cik Ana
Cik Ana suka buat tempahan last minit. Tapi nasib baik semua bahan ada, bolehlah manyiapkan apa yang dihajatinya.
9. Yati
Tempahan Yati saya buat lepas balik kerja. Keesokan paginya dapatlah saya hantar terus ke rumahnya.
Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua. Lain kali bolehlah order lagi.
Kek coklat moist


Kek yang telah siap sedia untuk dihantar kepada yang berhajat
Inipun kek coklat moist jugak. Tengok coklat yang meleleh tu. Emmm.... sedapnya...
Baulu sebelum dipack. Baulu saya ni special sikit. Ada rasa strawberry, oren, pandan dll. Boleh letak filling di dalamnya.

Kek lapis sisik ikan bersedia untuk dihantar ke tangan orang yang menempahnya

Monday, June 1, 2009

Kek Lapis

Saya ada membuat beberapa jenis kek lapis. Tak banyak, 3 jenis je. Sebelum ni memang saya ada membuat pelbagai jenis kek lapis. Tetapi disebabkan ketiadaan masa, maka saya buat kek lapis yang senang sahaja. So di sini saya ada gambar kek lapis sisik ikan. Kek ni dilapisi (atau dicucuk) dengan asam manis ataupun asam haw flake. Rasanya memang mmmm.... Selain itu saya juga ada buat kek lapis rempah ataupun ada yang panggil kek lapis betawi. Kek lapis prune pun ada. Harganya ialah RM70 sebiji. Kek lapis ni menggunakan butter golden churn bukannya guna marjerin atau butter biasa.

Inilah rupanya kek lapis sisik ikan

Sunday, May 31, 2009

Dari masa ke masa

Dari masa ke masa saya akan cuba untuk uppdate blog saya ni dan perkenalkan beberapa lagi produk baru daripada saya. Harap semua sudi-sudilah ye...

Lama yang teramat sangat/produk baru

Terasa sangat-sangat masa yang saya ambil sangat lama untuk update blog ini. Ini kerana saya sedang menyiapkan diri untuk menceburi dunia baking ini. Semuanya kerana minat yang mendalam. Dari masa ke masa saya akan cuba update dengan gambar-gambar baru dan juga produk terbaru yang saya hasilkan. Di sini saya ada beberapa produk yang telah saya hasilkan. Kawa-kawan semua boleh tengok dan kalau suka bolehlah call dan order dengan saya di talian ini: 012-2452851

Bahulu pecah 8 yang berwarna warni

Boleh pack dalam kotak untuk doorgift kenduri kahwin

Bahulu cermai. Pack macam ni boleh dijadikan doorgift untuk kenduri kawin. Bahulu cermai yang saya buat mempunyai pelbagai perasa. Ada pandan, ori, oren dan juga strawberry.

Bahulu gulung inti jem nenas

Sunday, March 16, 2008

Lamanya Tak Update

Aduh...
Cukup lama tak update blog ni. Sibuk memanjang. Oklah ni ada beberapa gambar yang boleh kita tengok sama-sama.
Apam mekar yang terlebih warna
Cupcake coklat. Sori gambar blur sikit.

Kek neopolitana

Cupcake
La...ingatkan banyak gambar yang dah saya masukkan ke komputer. Rupanya still dalam kamera lagi. Oklah lain kali kita tengok ye...








Wednesday, September 12, 2007

JB oh JB

Minggu lepas saya pergi ke JB. Adalah sempat ambil 2 keping gambar. Ada seminar di Persada Johor dan saya menginap di Hotel Puteri Pacific tingkat 14.
Ini 2 keping gambar yang saya ambil.














Bumbung Persada Johor dilihat dari tingkat 14 Puteri Pacific.


Ini pula pemandangan JB dari tingkat 14 Puteri Pacific.

Tuesday, August 28, 2007

Biskut Raya!...Biskut Raya!...

Biskut raya sudah mari...
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah call saya: 012-2452851
Setakat ni ada 2 je dulu. Lain kali nanti saya update lagi.










Yang ni ialah sujira cookies.
Dalam bekas macam ni harganya ialah RM20. Terdapat lebih daripada 50 biji di dalamnya.
Sujira yang sedang beratur untuk masuk ke dalam balang.

Yang ni plak ialah biskut aiskrim.








Dalam bekas macam ni harganya juga RM20. Ada 50 biji di dalamnya.
So...sesiapa yang berminat janganlah malu segan contact saya ditalian ini: 012-2452851