Terima kasih kepada semua yang telah menempah daripada saya. Harap maaf kalau ada yang 'ter' itu dan 'ter' ini. Berikut ialah senarai pelanggan yang telah menempah daripada saya sepanjang bulan Jun ini:
1. Pn. Ramlah (my bos)
Dah banyak kali order kek lapis sisik ikan, baulu dan juga kek coklat.
2. Farhana
Pun dan banyak kali order kek lapis sisik ikan daripada saya
3. Kak Ros
Hari tu Kak Ros order 2 biji kek lapis sisik ikan. Masa saya hantar pada Kak Ros tu kek tu masih suam-suam kuku lagi.
4. Kak Ani
Kak Ani order baulu untuk kenduri kawin anaknya Noris. Selamat Pengantin baru Noris.
5. Syima
Kek lapis sisik ikan untuk dibawa balik ke Pahang sempena majlis pertungangannya.
Jangan tunang lama-lama Syima.
6. Kak Ton
Kak Ton tempah baulu untuk dihadiahkan kepada saudaranya untuk kenduri kawin jugak.
7. Suhana
Sue tempah kek coklat. Baby dalam perut nak makan.
8. Cik Ana
Cik Ana suka buat tempahan last minit. Tapi nasib baik semua bahan ada, bolehlah manyiapkan apa yang dihajatinya.
9. Yati
Tempahan Yati saya buat lepas balik kerja. Keesokan paginya dapatlah saya hantar terus ke rumahnya.
Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua. Lain kali bolehlah order lagi.
Kek coklat moist
Baulu sebelum dipack. Baulu saya ni special sikit. Ada rasa strawberry, oren, pandan dll. Boleh letak filling di dalamnya.


Kek lapis sisik ikan bersedia untuk dihantar ke tangan orang yang menempahnya




No comments:
Post a Comment